PENDAHULUAN
Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) / (MULTAQA JISMI, SABAH) adalah suatu program tahunan Guru Pendidikan Islam (GPI) hasil inisiatif Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah Sabah.
Sasaran Karnival ini adalah untuk merapatkan ukhuwwah antara Guru Pendidikan Islam dan Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah serta memilih wakil negeri Sabah ke Kejohanan Sukan Guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan di Negeri Sembilan.
KSGPI peringkat Negeri Sabah telah dilaksanakan pertama kali pada tahun 2017 di Daerah Sandakan dan pada tahun ini 2024 Keningau telah diamanahkan sebagai tuan rumah karnival ini .
MULTAQA JISMI, SABAH
Nama Program ini ialah (MULTAQA JISMI, SABAH) / Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM – PEKDIS Peringkat Negeri Sabah 2024 singkatannya KSGPI 2024.
Anjuran Sektor Pendidikan Islam JPN Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Keningau selaku pengelola dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah (PEKDIS) Negeri Sabah
TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh Pelaksanaan KSGPI: 24-28 OKT 2024 & 8-10 Nov 2024
Tempat: Daerah Keningau 25-28 OKT 2024 & Kota Kinabalu (Bowling) 7-11 Nov 2024
Pendaftaran, Pembukaan: 25 OKT 2024
Majlis Penutupan: 10 NOV 2024 -KK Galaxy Bowl
KUMPULAN SASARAN
Pemain yang layak menyertai Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam ini adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Guru-guru Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Dini, dan Tahfiz (termasuk guru interim, kontrak dan COS)
- Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar sebagai ahli PEKDIS.
- Ahli PEKDIS yang berdaftar pada tahun semasa sebelum pengesahan.
- Penyertaan bagi peserta lelaki dalam kategori Veteran adalah 40 tahun ke atas manakala bagi peserta wanita adalah 35 tahun ke atas di kira pada tahun pertandingan.
OBJEKTIF
- Menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan warga pendidik khususnya Guru Pendidikan Islam.
- Memasyarakatkan GPI sebagai pendakwah negara melalui Program 1 GPI 1 Sukan ke arah mengembangkan syiar Islam.
- Memupuk kesatuan pemikiran dan tindakan GPI sebagai pemangkin utama agenda perpaduan umat.
- Meningkatkan hubungan ukhuwwah di kalangan Guru Pendidikan Islam.
- Memberikan pengalaman dan pengetahuan dalam penganjuran aktiviti sukan kepada jawatankuasa pengelola.